Jumaat, 25 September 2009

muhasabah diri

SALAM AIDIL FITRI
Sudah lima hari kita menyambut hari raya aidil fitri dan masih terasa akan ramadhan yang sudah meniggalkan kita. Mudah-mudah segala amalan yang kita kerjakan di bulan yang mulia itu diterima Allah dan masih istiqamah mengerjakannya supaya kita terus muhasabah diri. hari raya kali ini terasa sedikit janggal kerana tiada orang tersayang disisi. Setiap kali raya pasti rumah akan dipnuhi dengan suara kakak-kakak dan abang-abang yang menyuruh melakukan pelbagai perkara dan suara teriakan anak-anak comel yang bermain di perkarangan rumah, tetapi kali ini semuanya senyap dan sunyi, kerana semua kakak dan abang beraya di rumah mentua masing-masing. Hati ini terasa sunyi kerana tiada gelak ketawa adik beradik di pagi raya. Terasa mahu boikot kepulangan abang-abang dan kakak-kakak apabila mereka pulang raya di rumah. Tapi alhamdulillah malam raya kedua mereka pulang ke kampung dan saya bersyukur kerana mereka selamat sampai kerumah.
Selepas kejadian ini, saya terfikir sesuatu dan mendapat ibrah di sebalik kejadian yang menimpa diri serta menginsafinya kerana cuban kita berfikir bagaimana dengan sahabat-sahabat kita yang beraya tanpa ibu dan ayah ! bagaimana pula dengan sahabat yang ayah mereka di pusat serenti dan bagaimana pula dengan ayah mereka yang masih depenjarakan......mereka jauh lebih terasa kesunyian dan kesedihan berbanding dengan diri kita...jika kakak dan abang kita hanya pulang kerumah lewat kita sudah merasakan kesedihan dan kesunyian yang teramat, tiada kata-kata yang mampu di ucapkan oleh mereka yang kehilangan orang tersayang. Kasih sayang ibu dan ayah adalah sesuatu perkara yang tidak dapat digantikan dengan apa pun.
Saya juga terfikir akan keadaan pak cik-pakcik dan abang-abang di Pusat Serenti Serendah yang saya buat program baru-baru ini, pasti mereka sedih kerana tidak dapat beraya dengan ahli keluarga masing-masing. Tetapi saya yakin mereka dapat menghadapi semua ujian ini dengan hati yang terbuka.
"kita harus bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita dan selalulah berlapang dada dan husnudzhon dengan ujian Allah berikan, sesungguhnya setiap ujian itu ada hikmahnya yang tersendiri"

1 ulasan:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ berkata...

salam ziarah..
kak nida letak pinbox..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails