Isnin, 2 November 2009

SEMOGA YANG TERBAIK DALAM EXAM

salam..
rasanya sudah lama saya tidak buka blog dan hari ini terasa ingin membukanya. Apabila saya lihat blog yang masih lagi dengan tulisan yang sama dan tajuk-tajuk yang dah lama tak 'update' rasa inilah satu kerugian buat diri saya sendiri. Tetapi terpulanglah pada diri setiap individu itu melihat di tahap mana blog ini penting buat dirinya. Setiap orang adalah berbeza.

saya bukannya ingin bercerita tentang blog, tetapi saya ingin bercerita tentang exam yang pada ketika ini ramai orang yang bertungkus lumus mendampingi buku dan kertas-kertas soalan. Setiap orang mempunyai target yang tersendiri, ada yang ingin mendapatkan anugerah dekan dan ada juga yang tidak kisah jika dia mendapat 3.0 sahaja, asalkan atas dari 2.75. Saya sendiri pun berada dalan kalangan orang yang mempunyai target yang tersendiri, siang malam tidak tidur hanya kerana ingin mengejar dekan. Tetapi berbaloikah dengan apa yang kita kejarkan itu jika kita melewatkan solat dan meninggalkan solat-solat sunat. Sedarlah dan perbetulkan niat masing-masing, dan renungkanlah untuk apa jika kita hanya mengejar dunia tetapi akhirat kita tinggalkan. Lebih barakah lagi jika kita seiringkan antara dunia dan akhirat.

saya bukanlah bercerita tentang diri orang lain, tetapi inilah saya dan saya juga tujukan persoalan itu kepada diri saya sendiri. Kita tidak akan bercakap sesuatu yang tidak mempunyai kaitan dengan diri kita.

"Bismillahirahmanirahim, Ya Allah berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dari-Mu, anugerahkanlah aku kejayaan dalam peperiksaan finalku ini, anugerahkan kejayaan kepada teman-temanku, jangan ada di antara kami yang sedihnya sendirian dan juga kepadaku, andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku maka Kau ubahlah menjadi kejayaan, Engkau Yang Maha Agung, mudah-mudahan kami semua berjaya mencapai impian masing-masing.. Ameen..."

1 ulasan:

...Nur iNsAn... berkata...

salam perjuangan buat kak nida=)...sy adk kak eizan (tak tahulh akak kenal ke x kak eizan 2..huhu..) smga success slalu, sy doakn kjyaan akak... jmput ziarah ke blog sy...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails