Jumaat, 19 Mac 2010

Gula Bakal Berwajah Baru






Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini digambarkan oleh pelbagai pihak sebagai usaha kerajaan untuk mencegah penyakit berkaitan gula namun tidak kurang juga pihak yang mendakwa ianya sebagai satu alasan untuk menyejukkan hati rakyat.


Bagi merealisasikan gagasan kencing manis ini, adalah dijangkakan paket gula keluaran masa depan akan dilengkapi gambar-gambar penyakit berkaitan gula sepertimana yang dilakukan pada kotak rokok pada masa ini.


Selaras dengan itu juga, gula juga berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dengan rokok, iaitu tidak akan dijual dalam skala kecil sepertimana juga rokok yang hanya akan dijual minima 20 batang sekotak.


Walaubagaimanapun kita mungkin bernasib baik kerana difahamkan perkara ini masih belum terlintas di fikiran pak-pak menteri kita.


Wallahualam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails