Jumaat, 9 April 2010

Di sini...


Salam Mahasiswa Pendidik


Alhamdulillah… pada hari ini genaplah 2 bulan saya di taklifkan sebagai salah seorang dari ahli Majlis Perwakilan Pelajar di bumi UPSI ini. Bukan senang untuk menjadi pemimpin, pelbagai cabaran dan dugaan datang menguji tetapi inilah yang mengajar saya erti kehidupan, ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai. Di sini saya mengenal kehidupan yang sebenar, mengenal pelbagai ragam manusia, yang nampak baik tapi busuk hatinya, yang nampak brutal tapi lembut jiwanya, yang nampak pandai tapi bodoh hakikatnya, yang nampak berani tapi penakut sebenarnya, yang nampak selamba tapi licik orangnya...

Di sini saya belajar, hidup perlu lebih berhati-hati, lebih meneliti, dan pergantungan kepada Allah melebihi segalanya..kini saya menggenggam kemas pepatah Melayu "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.." kata-kata orang-orang tua jangan sesekali kita lupa kerana mereka bercakap berdasarkan pengalaman. Di sini jugalah saya belajar menerima kritikan, belajar bersabar di atas kecaman dan umpatan malah terhadap fitnah orang yang ingin mengambil kesempatan. Di sini saya mengenal siapa lawan dan siapa kawan.

Terima kasih ya Allah kerana memilih diri ini untuk merasai pahit manis perjuangan di bumi MU Tuhan... Terima kasih juga buat teman-teman yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dan sokongan, dan terima kasih yang tidak terhingga buat mummie dan abah tercinta yang sentiasa merestui dan mendoakan perjalanan hidup anak mu ini....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails