Khamis, 13 Mei 2010

Bukalah mata hati mu..

Hari ke hari di dada-dada akhbar terus tercoret tentang masalah sosial masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam. Akhlak dan moral sudah tiada nilainya. Curi, rogol, zina, bunuh, judi dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Kelahiran anak luar nikah semakin meningkat, mayat bergelimpangan bagaikan fenomena biasa. Kemanakah hilangnya kewarasan akal manusia? Kegiatan perjudian pula bagaikan tiada hukumnya, mengaku Islam tapi masih menimbang tara melaksanakan larangan Tuhan. Inilah akibatnya apabila syariat dan akal tidak digabungkan. Tersenyum meleret musuh-musuh Islam, sekularisme yang diilhamkan kini jadi sanjungan, berpesta ria syaitan-syaitan kini bertambah lagi penghuni nereka jahanam.

Ingatlah wahai saudara ku sekalian, bukalah mata hatimu..bertaubatlah sebelum nyawamu sampai ke kerongkong, sebelum matamu rapat terpejam, sebelum mulutmu terkunci bisu, sebelum kaki terlunjur kaku, sebelum Izrail berada disisi..

Ketahuilah dalam diri manusia sentiasa ada pertarungan untuk melakukan kejahatan atau keburukan. Ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadis dari Ibnu Mas’ud yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan sentiasa berbisik dalam hati manusia. Malaikat juga berbisik dalam anak Adam. Adapun bisikan syaitan itu ialah dorongan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Bisikan malaikat pula ialah galakan supaya orang itu mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran. Oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi (bisikan kejahatan) maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah daripada angkara syaitan." (Riwayat Tarmizi dan An-Nasa’ie). Ingatlah!!! Iblis dan syaitan sentiasa mendorong manusia merosakkan keimanannya dengan melakukan aneka maksiat. Sebagaimana firman Allah, yang bermaksud: Kata Iblis, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan pada pandangan Adam dan zuriatnya, segala jenis maksiat di dunia ini. Aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah al-Hijr ayat 39).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails