Ahad, 9 Januari 2011

aku..

Aku lemah

Aku lemas

Aku mencari arah tuju

Aku mencari hakikat hidup

Aku siapa

Aku dimana

Aku bingung

Aku keliru

Tolonglah aku

Pimpinlah aku

Bawalah aku

Selamatkan aku

Ajarilah aku

Tunjukkan pada ku

Kebenaran hakiki

Agar aku jelas

Agar aku faham

Mana putih mana hitam

Mana benar mana salah

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini x selalu bahagia, sedekahkanlah 1 senyuman walaupun dihatimu x lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan & berpeganglah kepada ALLAH walau Dia x kelihatan….bukti kasihNYA, kita wujud didunia pinjaman ini, ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan kepadaNYA, jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup x semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki..moga lelahmu dihargai ILLAHI walau dicemuh insani..

Sabtu, 8 Januari 2011

BISMILLAH..

Bismillah 7

1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.Dengan
nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada
sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3.Dengan
nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada
sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.Dengan
nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu
pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7.Dengan nama
Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu
pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

Bismillah 5

1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.
Dengan nama Allah yang menyembuhkan
3.
Dengan nama Allah yang mencukupi
4.
Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan
5.
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

antara khasiatnya:
* boleh tawarkan segala jenis racun, santau dan bisa binatang
* menghalang jin dan syaitan
* terpelihara dari bahaya dan musuh

ALLAH adalah sebaik-baik Pemelihara, dan DIA maha mengasihani dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah ALLAH ke atas penghulu kami
nabi Muhammad SAW juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails