Memaparkan catatan dengan label PERJUANGANKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERJUANGANKU. Papar semua catatan

Ahad, 31 Oktober 2010

TAAT KPD ALLAH, RASUL & PEMIMPIN YG TAAT KPD KEDUANYA...


An-Nisaa [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Taat kepada Allah dan Rasul tiada syarat. Taat kepada pemimpin bersyarat iaitu taat selagi tidak bercanggah dengan Allah dan Rasul.

Tidak wajib taat kepada mana-mana makhluk dalam perkara melibatkan dosa. Dalam satu hadis, taat kepada raja, taat kepada Allah (taat kepada raja yang taat kepada Allah). Walaupun dipentah oleh seorang Habsyi yang kepalanya panjang atau seorang pemimpin yang cacat anggotanya, selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Wajib taat kepada pemimpin yang betul mengikut Islam, sepertimana sahabat taat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

  • Taubah [20] (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) danmereka itulah orang-orang yang berjaya.
  • Taubah [21] Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya

1) Balik kepada Allah melalui Al-Quran. Dalam quran ada 500 ayat hukum dari 6,666 ayat.

2) Balik kepada Rasul, jika rasul masih hidup

3) Balik kepada Hadith. 3000 hadith yang diguna dalam ilmu feqah dari 1juta hadith.

Ulama mengeluarkan hukum feqah berdasarkan 500 ayat quran dan 3000 hadith.

Dalam mengeluarkan hukum juga mesti mengikut turutan Quran dahulu, kemudian Hadis.

Ilmu yang sebenar ada pada Allah. Ada perkara Nabi tidak tahu, baginda tanya Jibrail. Ada benda Jibrail tidak tahu, dia tanya Allah.Allah pencipta yang sangat bijak.

  • Yusuf [76].......dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,
  • Ya-sin [81].....Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui

jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Hari Kiamat ialah "hari checking", untuk Allah check kesungguhan, kommitmen kita melaksanakan perintahnya. Hari perbicaraan yang diadilil HAKIM kepada segala HAKIM, yang tahu perkara ghaib dan nyata. Walaupun Allah maha mengetahui dan boleh buat keputusan tanpa perbicaraan, tetap diadakan perbicaraan sebagai tunjukajar kepada manusia.Dalam hadith riwayat Tarmizi, manusia pada hari itu sangat lemah seperti anak kambing. Lemah sehingga terpaksa dipapah malaikat:-

  • Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

Kalau masalah kita sesama kita tidak diselesaikan di dunia, maka ia akan diselesaikan oleh Allah di akhirat, dimasukkan ke dalam api, diberi minum air yang menggelegak, diberi makan buah zaqqum yang sangat busuk.

  • Al-Haqqa [37] Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.
sumber - nasbunnurain

Ahad, 23 Mei 2010

Sumbangan kepada masyarakat KEMBOJA...

Buat makluman semua, InsyaAllah pada 7 - 12 Jun 2010, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI di bawah Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa akan melaksanakan khidmat masyarakat antarabangsa di KEMBOJA. Memandangkan perbelanjaan yang agak besar diperlukan untuk membeli peralatan dan keperluan yang akan disumbangkan kepada masyarakat disana, maka pihak kami amat berbesar hati sekiranya pelbagai pihak dapat memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai, barangan terpakai seperti peralatan solat (telekung dan kain pelekat), pakaian harian dan barangan lain yang dirasakan sesuai.

~ Semoga sumbangan yang disumbangkan menjadi bekalan di akhirat kelak~
insyaAllah..Amiin..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila mati anak Adam, terputuslah (tulisan pahala) amalan Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

019-4322033 (nora)
013-7462870 (afiq)


Khamis, 13 Mei 2010

Bukalah mata hati mu..

Hari ke hari di dada-dada akhbar terus tercoret tentang masalah sosial masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam. Akhlak dan moral sudah tiada nilainya. Curi, rogol, zina, bunuh, judi dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Kelahiran anak luar nikah semakin meningkat, mayat bergelimpangan bagaikan fenomena biasa. Kemanakah hilangnya kewarasan akal manusia? Kegiatan perjudian pula bagaikan tiada hukumnya, mengaku Islam tapi masih menimbang tara melaksanakan larangan Tuhan. Inilah akibatnya apabila syariat dan akal tidak digabungkan. Tersenyum meleret musuh-musuh Islam, sekularisme yang diilhamkan kini jadi sanjungan, berpesta ria syaitan-syaitan kini bertambah lagi penghuni nereka jahanam.

Ingatlah wahai saudara ku sekalian, bukalah mata hatimu..bertaubatlah sebelum nyawamu sampai ke kerongkong, sebelum matamu rapat terpejam, sebelum mulutmu terkunci bisu, sebelum kaki terlunjur kaku, sebelum Izrail berada disisi..

Ketahuilah dalam diri manusia sentiasa ada pertarungan untuk melakukan kejahatan atau keburukan. Ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadis dari Ibnu Mas’ud yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan sentiasa berbisik dalam hati manusia. Malaikat juga berbisik dalam anak Adam. Adapun bisikan syaitan itu ialah dorongan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Bisikan malaikat pula ialah galakan supaya orang itu mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran. Oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi (bisikan kejahatan) maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah daripada angkara syaitan." (Riwayat Tarmizi dan An-Nasa’ie). Ingatlah!!! Iblis dan syaitan sentiasa mendorong manusia merosakkan keimanannya dengan melakukan aneka maksiat. Sebagaimana firman Allah, yang bermaksud: Kata Iblis, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan pada pandangan Adam dan zuriatnya, segala jenis maksiat di dunia ini. Aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah al-Hijr ayat 39).

Rabu, 21 April 2010

Kami tidak berzina!!!



Kami tidak berzina!!!.

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.



Kami hanya berbual, berbincang, tanya khabar, minum2, adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.



Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu..

Hari ini ya..tapi esok mungkin kamu akan kecundang. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat! pesanan Rasulullah SAW :"Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan."(HR Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.



Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS je. Tak pernah bersua muka pun..

Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti setakat tu je.. percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan.



Takkan nak berbual2 pun tak boleh? Itu pun zina jugak ke?

Zina ada macam2 jenis dan peringkatnya, ada Zina betul, zina tangan iaitu berpegang2an, zina mata iaitu melihat aurat@kekasihnya dengan perasaan berahi, zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW :" kedua2 tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. kedua2 kakinya berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman." (HR Muslim & Abu Daud).



Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran je...

Betul ke bincang pelajaran je..jangan tipulah.. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba2Nya. Kita belajar nak dapat keberkatan. Tapi kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati Allah, tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup kat dunia tak bahagia, akhirat apatah lagi.. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka orang yang berilmu. Jadi belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam tu akan tertulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atib?



Sungguh! Kami bincang pelajaran je.." study group ".

Study group? Nampak lain macam je..tak macam gaya berdiskusi pun, takkan study group berdua je? kalau duduk berdua2an macam ni..betul ke berbincang pelajaran? jangan2 sekejap je bincang pelajaran lepas tu masa dihabiskan dengan fantasi cinta.



Kami sama2 belajar, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak ada dah ke kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak diganggu, dapat berkat dan rahmat pula.



Takkan tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada seseorang tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri itu, bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah..cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah SWT.



Tentu ada cinta secara Islam..

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang qudus, cinta yang bermaruah bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu digantikan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, pasti ia membawa "sesuatu" sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW : Tidak ada yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(HR Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia terlalu mulia.



Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin..

Boleh percaya ke dengan perwatakan masa bercinta? bercinta penuh dengan lakonan,yang dibuat2 dan kepuraan. Masing2 akan berlakon dengan watak yang baik. Masa bercinta merajuk ada yang memujuk tapi lepas kahwin jangan harap. Banyak orang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta, masa bercinta dia seorang penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam2 tapi lepas kahwin lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi perwatakan di alam percintaan tidak boleh dipercayai..



Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharapkan kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang tapi Allah yang menganugerahkannya. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. CInta yang diredha Allah adalah cinta lepas kahwin. Bagaimana mendapat keluarga bahagia jika langkah awal sudah pun canggung..



Kami telah berjanji sehidup semati..

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki..jangan diharap sangat pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan je..Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana sering berulang sehingga menjadi pepatah..



Si dia lain dari yang lain. Dia lelaki penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? sejahat mana lelaki pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri seterusnya menjadi ibu untuk anak2nya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan..



Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang "second hand" sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room je, display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Sedihkan? tapi itulah hakikatnya..



Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah SWT : Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang2 perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)..Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab:35).






Ahad, 31 Januari 2010

Mengimbau Memori

bergambar dengan peminat setia ku selepas rapat umum di KHAR..
gambar-gambar sepanjang pilihanraya berlangsung sehingga hari kemenangan ku...

bersama dengan pencadang dan penyokong yang banyak membantu sepanjang PRK...




bergambar selepas pengumuman kemenangan....
khusyuknya wakil-wakil calon ku menyiapkan poster untuk di gantung....
muslimat power! power! power!...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails