Selasa, 25 Oktober 2011

~hidup ini adalah perjuangan~

~Assalamualaikum~

Dah lama x menulis blog ni...tiba2 rase rindu plok nak menulis...tapi bila nak buke banyak plok halangannya...sampai timbul rase putus asa...huhuhu

Lalu terfikir dibenakku kenapa susah sangat ni...susahnya hidup ni...nak buat baik mesti ada halangan & cabaran..line pun x ok..email plok x boleh nak buke...huhuhu..sedihnya, tapi time nak buke tengok movie ke chat kat fb ke senang plok...huhuhu..bila syaitan mula berbisik nafsu mula mendesak, akal datang menenangkan...teringat plok kata2 sorang sahabat : " noor hidup ni ujian, Allah nk tengok yang mana hamba yang taat pada-Nya..sebab tu ada banyak halangan setiap kali kita nak buat baik...macam air suling (mineral) kan banyak tapisan tu untuk dapat yang terbaik & jernih..ingat!! jalan ke syurga X mudah sebab syurga itu terlalu indah "..


Teringat pada firman Allah SWT dalam surah Al-mulk ayat 2 :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun."

Dari Saad bin Abi Waqqash r.a bahwa Nabi Shallawahu alaihi wa alihi bersabda:

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, lalu yang semacamnya & semacamnya, seseorang diuji sesuai kadar keimanannya, apabila teguh dalam keimanannya maka ujiannya bertambah berat, apabila lemah dalam keimanannya maka diuji sesuai kadar keimanannya, ujian terus menerus menimpa seorang hamba sampai meninggalkannya berjalan dimuka bumi dalam keadaan bersih dari kesalahan”
[HR Imam Tirmizi dan dishahihkan Syaikh Albani dalam Silsilah Shahihahnya 1/225]

so..layakkah untuk aku berputus asa dalam hidup dan perjuangan ni???huhuhu...sedangkan Nabi SAW kekasih DIA pun banyak diuji inikan pula aku hamba yang penuh dosa..Ujian itu tanda cinta dari DIA..maka aku terima dengan redha setiap yang telah KAU takdirkan untuk ku..kerana aku yakin ketentuan MU adalah yang terbaik untukku...

"Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. ..."
[Hadits Qudsi, diriwayatkan oleh Muslim]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails