Ahad, 26 September 2010

wah!!! Ini Sangat Bahaya!!!

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA.

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.
Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria






MASYALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI

HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.

SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN

MARUAH UMAT ISLAM,

TAK GUNA HANYA BERHARAP PD

PIHAK BERKUASA SAJA.!!!!

MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2

MEMPERTAHANKAN MARUAH &

KESUCIAN AGAMA ISLAM.

ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!!


JAKIM, mainkan peranan..

Jangan tunggu hasil produk haiwan ini

sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia.

Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini

dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah,

permaidani dan produk untuk kegunaan muslim.



Ingatlah, agenda kafir untuk
mempersendakan kesucian
agama Islam
takkan berhenti selagi kita
tidak menuruti jalan mereka.


Khamis, 23 September 2010

KISAH RASULULLAH S.A.W


Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran dan tauladan

1)Kalau ada pakaian yang koyak,Rasulullah s.a.w menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan,beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi saw bertanya,: "Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )

Aisyah menjawab dengan agak serba salah: "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."Rasulullah s.a.w lantas berkata: "Jika begitu aku puasa saja hari ini" tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasulullah s.a.w menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala!Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga,jadi aku pukul lah dia.'

"Aku tidak bertanyakan alasanmu" sahut Nabi s.a.w "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda s.a.w bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu ruku kesatu ruku yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda s.a.w yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak,ya Umar.Alhamdulillah,aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan?Kami yakin tuan sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya.Para sahabat amat terkejut.Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda saw menjawab dengan lembut,"Tidak para sahabatku.Aku tahu,apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH S.W.T nanti,apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya.Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah,bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'

Jawab baginda saw dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah saw bersabda: "SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT
."

Selasa, 21 September 2010

jom puasa enam syawal...

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

(Riwayat Muslim)


Huraian:

1.Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.

2.Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.

3.Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.


Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Riwayat Muslim)


Huraian :

1. Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.

2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan :

i. Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

ii. Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri..rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkannya kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat..harap Syawal kali ini menjadi detik permulaan yang membawa perubahan kearah kebaikan kepada kita setelah sebulan menjalani pentarbiyahan di bulan Ramadhan..

Perbanyakkan amalan soleh dalam kehidupan, semoga sebulan yang dilalui sebelum ini tidak sia-sia. Ringankanlah tangan untuk bersedekah kerana ini adalah antara amalan yang sangat mudah tapi besar ganjarannya.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim


Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails