(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Ahad, 23 Mei 2010
Sumbangan kepada masyarakat KEMBOJA...
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Selasa, 18 Mei 2010
aku telah jatuh cinta..

kerana aku semakin mengerti dengan sesungguh hati
bahawa ungkapan guru punya erti tersendiri
pada sejarah seorang murid
pada realiti seorang pendidik
pada harapan seorang pengetua.
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
kalau pada satu ketika
aku menerima panggilan seorang suami
bertanyakan tentang isterinya
yang tekal bersungguh-sungguh mengajar tulis baca
sedang pada ketika itu
langit sedang melabuhkan lembayung senja hujung minggu
petang itu.
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
kalau pada ketika yang berbeza
seorang guru menangis dan merintih
bersungguh-sungguh meluahkan kekecewaan dan putus asa
pada sikap anak didiknya
sedang pada esok harinya
dia mengumpul kekuatan
untuk menebus kehampaan semalam
' Saya kan guru. Kalau bukan saya yang bantu mereka, siapa lagi!"
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
akan kerdil diri ini di hadapan agung budi mereka
dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
dalam diamnya ada bijaksana
di dalam tangannya kita terbina
Jumaat, 14 Mei 2010
Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru

Seorang ibu sanggup berkorban segala2nya untuk si anak tanpa meminta sekelumit balasan tapi yang hanya diingini adalah melihat kejayaan dan kebahagiaan si anak, begitu jugalah dengan guru, sanggup bersusah payah mengajar bukanlah kerana ingin disanjung tinggi tapi kerana cinta pada anak bangsa dan ingin melihat kejayaan mereka.
Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi seorang anak belum mampu menjaga seorang ibu. Seorang guru mampu mendidik empat puluh orang murid tapi seorang murid belum mampu membalas jasa seorang guru. Peliharalah maruah seorang ibu dan guru, bahagiakanlah mereka sedaya upaya kita kerana merekalah kunci kejayaan hidup kita di dunia dan akhirat. Ingatlah!!! Allah tidak akan meredhai seseorang itu selagi ibu @ gurunya tidak redha kepadanya.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari IBU buat mami(Nuriah bt Yaakub) dan ma melawi(khadijah) yang tersayang serta seluruh ibu2 di dunia ini dan selamat hari guru kepada semua guru2 yang pernah mengajar diri ini (terutama guru2 - Sek.Keb.Sungai Kertas, Sek. Agama Al-Humairah, Sek. Agama Al-Amaniah, Maahad Yaakubiah, dan seluruh pensyarah UPSI).
Khamis, 13 Mei 2010
Bukalah mata hati mu..

Hari ke hari di dada-dada akhbar terus tercoret tentang masalah sosial masyarakat
Ingatlah wahai saudara ku sekalian, bukalah mata hatimu..bertaubatlah sebelum nyawamu sampai ke kerongkong, sebelum matamu rapat terpejam, sebelum mulutmu terkunci bisu, sebelum kaki terlunjur kaku, sebelum Izrail berada disisi..
Ketahuilah dalam diri manusia sentiasa ada pertarungan untuk melakukan kejahatan atau keburukan. Ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadis dari
Berjayakah matlamat pendidikan negara?
Maut ketika ponteng sekolah.
Pelajar tingkatan dua maut apabila motosikal yang ditunggangi ketika menuruni bukit terbabas lalu jatuh ke dalam gaung mempunyai ke dalaman kira-kira 50 meter.(sumber - kosmo)
Sabtu, 8 Mei 2010
Cicak gergasi Sabah RM1 juta sekilo
NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.
Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.
“Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.
sumber - kosmo