InsyaAllah dua minggu saya akan menjalani ROS (rancangan orientasi sekolah), bermula 17 mei hingga 28 mei 2010 di SuTAS (Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas). Pada hari pertama saya di sekolah tersebut, telah diadakan sambutan hari guru. Ini kali pertama saya menyambut hari guru di saft hadapan bersama-sama para guru, tiada kata yang dapat digambarkan perasaan ketika itu..dan pada hari itu, hati ini amat tersentuh dengan kata2 yang disampaikan oleh pengetua SuTAS (En. Arbain bin Pinni) dan ketika itu juga air mata ku menitis ke pipi.. dan dalam sedar yang pasti aku telah jatuh cinta, jatuh cinta untuk menjadi seorang guru..tapi dalam waktu yang sama perasaan takut menjelma, mampukah aku menjadi seorang guru yang benar2 mendidik? sedih, pilu dan takut bila melihat sebahagian pelajar masa kini yang sudah hilang adabnya, guru dianggap kawan sehingga hilang hormatnya kadang2 dianggap lawan yang perlu diberi pengajaran dan amaran...ya ALLAH teguhkanlah hati ini dan semua para guru dalam perjuangan suci yang kami pilih ini..amiin ya ALLAH..
Hari ini, aku kehilangan kata-kata
kerana aku semakin mengerti dengan sesungguh hati
bahawa ungkapan guru punya erti tersendiri
pada sejarah seorang murid
pada realiti seorang pendidik
pada harapan seorang pengetua.
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
kalau pada satu ketika
aku menerima panggilan seorang suami
bertanyakan tentang isterinya
yang tekal bersungguh-sungguh mengajar tulis baca
sedang pada ketika itu
langit sedang melabuhkan lembayung senja hujung minggu
petang itu.
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
kalau pada ketika yang berbeza
seorang guru menangis dan merintih
bersungguh-sungguh meluahkan kekecewaan dan putus asa
pada sikap anak didiknya
sedang pada esok harinya
dia mengumpul kekuatan
untuk menebus kehampaan semalam
' Saya kan guru. Kalau bukan saya yang bantu mereka, siapa lagi!"
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
akan kerdil diri ini di hadapan agung budi mereka
dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
dalam diamnya ada bijaksana
di dalam tangannya kita terbina
kerana aku semakin mengerti dengan sesungguh hati
bahawa ungkapan guru punya erti tersendiri
pada sejarah seorang murid
pada realiti seorang pendidik
pada harapan seorang pengetua.
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
kalau pada satu ketika
aku menerima panggilan seorang suami
bertanyakan tentang isterinya
yang tekal bersungguh-sungguh mengajar tulis baca
sedang pada ketika itu
langit sedang melabuhkan lembayung senja hujung minggu
petang itu.
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
kalau pada ketika yang berbeza
seorang guru menangis dan merintih
bersungguh-sungguh meluahkan kekecewaan dan putus asa
pada sikap anak didiknya
sedang pada esok harinya
dia mengumpul kekuatan
untuk menebus kehampaan semalam
' Saya kan guru. Kalau bukan saya yang bantu mereka, siapa lagi!"
Bagaimana tidak kehilangan kata-kata
akan kerdil diri ini di hadapan agung budi mereka
dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
dalam diamnya ada bijaksana
di dalam tangannya kita terbina
(SAJAK OLEH: PENGETUA SuTAS -17 MEI 2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan