Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru


Hari Ibu dan Hari Guru disambut pada bulan yang sama dan hanya selang beberapa hari sahaja. Pernahkah anda terfikir kenapa ini terjadi? Ini kerana tanggungjawab ibu dan guru adalah sama, segala yang ada pada seorang ibu itulah juga yang ada pada seorang guru.

Seorang ibu sanggup berkorban segala2nya untuk si anak tanpa meminta sekelumit balasan tapi yang hanya diingini adalah melihat kejayaan dan kebahagiaan si anak, begitu jugalah dengan guru, sanggup bersusah payah mengajar bukanlah kerana ingin disanjung tinggi tapi kerana cinta pada anak bangsa dan ingin melihat kejayaan mereka.

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi seorang anak belum mampu menjaga seorang ibu. Seorang guru mampu mendidik empat puluh orang murid tapi seorang murid belum mampu membalas jasa seorang guru. Peliharalah maruah seorang ibu dan guru, bahagiakanlah mereka sedaya upaya kita kerana merekalah kunci kejayaan hidup kita di dunia dan akhirat. Ingatlah!!! Allah tidak akan meredhai seseorang itu selagi ibu @ gurunya tidak redha kepadanya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari IBU buat mami(Nuriah bt Yaakub) dan ma melawi(khadijah) yang tersayang serta seluruh ibu2 di dunia ini dan selamat hari guru kepada semua guru2 yang pernah mengajar diri ini (terutama guru2 - Sek.Keb.Sungai Kertas, Sek. Agama Al-Humairah, Sek. Agama Al-Amaniah, Maahad Yaakubiah, dan seluruh pensyarah UPSI).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails