Kita sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang sementara, terus hanyut dengan fatamorgana. Apabila diberi ujian, terus mengeluh dan menyalahkan takdir yang menimpa. Pernahkah kita hayati ayat suci Al-quran di atas ini, sesungguhnya Allah itu Maha pengasih lagi
Selasa, 30 Mac 2010
yakinlah pada ALLAH...
Khamis, 25 Mac 2010
ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA.
Isnin, 22 Mac 2010
Warkah buat adik-adik RPA ku sayang..
Sudah lama rasanya tak berbual dan bertanya khabar dengan adik2
Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu cubaan
seperti (yang dialami)
oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan,
serta diuji dengan pelbagai cubaan sehingga
berkata Rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya.
"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat.
(QS Al-Baqarah [2]:214).
Dan pasti Kami akan menguji kamu
dengan sedikit ketakutan,
kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.
Dan sampaikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang bersabar.
(QS Al-Baqarah [2]:155).
Adik2 yang di sayangi...jangan kata kita tidak mampu kalau belum mencuba, jangan kecewa jikalau kita gagal dalam percubaan, jangan berputus asa untuk terus berusaha mencuba.. Sesungguhnya ALLAH tidak menilai hasilnya, kerana
(Orang munafik) iaitu mereka yang mencela orang Mukmin
yang memberi sedekah dengan sukarela
dan mencela juga orang-orang yang
tidak memiliki sesuatu untuk disumbangkan
(kecuali sedikit) sebesar kemampuan mereka.
Orang-orang munafik menghina mereka.
Allah akan membalas penghinaan mereka,
dan mereka mendapat azab yang pedih.
(QS Al-Taubah [9]: 79).
Katakanlah,"Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,
isteri-isteri kamu,keluarga,harta kekayaan
yang kamu usahakan,perniagaan
yang kamu khuwatiri kerugiannya,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan dari berjihad di jalan-Nya,
maka tunggulah sampai
Allah mendatangkan keputusan-Nya.
Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang fasik."
(QS Al-Taubah [9]: 24).
Adik2, andai kamu terpilih, bergembiralah kerana ujian dan dugaan itulah jalan untuk kamu sentiasa mengingati
Coretan warkah khas buat
Adik2 RPA dan juga diriku
Yang sentiasa lupa dan leka
Dengan fatamorgana dunia.
Ahad, 21 Mac 2010
Bayi Perempuan Ditemui Di Tempat Buang Sampah
2010/03/21
IPOH: Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain ditemui ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon, berkata bayi yang cukup sifat itudikejarkan ke hospital berkenaan selepas ditemui orang awam pada kira-kira 6 petang. Beliau berkata, bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Mengapa ini terjadi?
Mana hilangnya rasa kemanusiaan?
Apa yang harus kita lakukan?
Takkan kita hanya berdiam diri?
Ya Allah, ampunkan dosa kami yang tahu tapi tidak bertindak untuk mengatasinya...
Jumaat, 19 Mac 2010
Gula Bakal Berwajah Baru
Ciri-ciri isteri solehah
SOALAN:
Jawapan:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan- Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya" . (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)