Khamis, 25 Mac 2010

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA.



Apa itu IFC(Inter Faith Commission)?

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam
tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam
hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke
agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan
tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada
bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh
mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan
seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut
Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada
Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan
orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang
menukar agamanya dengan memeluk Islam
tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan seorang yang
memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut
harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi
untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah
ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan
dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia
sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama
itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda
sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain
selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan
dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat
tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar
cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama
masyarakat Malaysia seperti dalam soal
pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam
mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah perlu tunduk kepada
norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia
yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.-JAIS-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails