Isnin, 22 Mac 2010

Warkah buat adik-adik RPA ku sayang..





Sudah lama rasanya tak berbual dan bertanya khabar dengan adik2 Kak Noor. AKMA, AYU, SHIDAH, DAYAH, BELLA, MIRAH, DEWI, ADILAH, AFZA, AYA, AIN, dan SYUHADA. Jauh di sudut hati kak noor ingin terus menjadi RPA kamu tetapi kekangan masa dan upaya dengan taklifan yang lain telah membatasi kudrat seorang hamba yang lemah bernama Nooranoo ini. Harapan dan doaku semoga kamu semua dapat mengikuti halaqah yang dijalankan dengan berlapang dada dan sentiasa berusaha mencari redhaNYA walau siapa pun yang menjadi naqibah… beramal dan beristiqamahlah dalam melaksanakan apa yang telah kamu perolehi dalam setiap halaqah yang di ikuti.. Sesungguhnya ALLAH amat mencintai kamu, kerana itulah diberiNYA peluang untuk kamu mendekati majlis2 agama untuk kamu lebih faham dan dekat denganNYA.. Adik2 yang kak noor sayangi, tinggi harapan Kak Noor agar kamu semua tergolong dalam kalangan RPA yang akan datang..


Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,

padahal belum datang kepadamu cubaan
seperti (yang dialami)

oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan,
serta diuji dengan pelbagai cubaan sehingga
berkata Rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya.

"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat.
(QS Al-Baqarah [2]:214).


     
Dan pasti Kami akan menguji kamu 
dengan sedikit ketakutan, 

kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.
Dan
sampaikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang bersabar. 

(QS Al-Baqarah [2]:155).



Adik2 yang di sayangi...jangan kata kita tidak mampu kalau belum mencuba, jangan kecewa jikalau kita gagal dalam percubaan, jangan berputus asa untuk terus berusaha mencuba.. Sesungguhnya ALLAH tidak menilai hasilnya, kerana DIA lebih mengetahui tahap kemampuan kita, tetapi DIA menilai sejauh mana usaha kita menghampiriNYA.. Ingatlah!!! Jangan sesekali berputus asa dan sentiasalah berusaha meraih redha dan cintaNYA.. Jangan takut terhadap ujian dan dugaan yang akan menimpa, jangan takut pada sinisnya pandangan manusia, jangan takut pada cercaan dan hinaan durja mereka.. Ingatlah kita ini hanyalah seorang hamba..hidup di atas rahmat dan belas kasihan dari yang maha Esa..



(Orang munafik) iaitu mereka yang mencela orang Mukmin  

yang memberi sedekah dengan sukarela

dan
mencela juga orang-orang yang
tidak memiliki sesuatu untuk disumbangkan 
(kecuali sedikit) sebesar kemampuan mereka.  

Orang-orang munafik menghina mereka.
Allah akan membalas penghinaan mereka,  

dan mereka mendapat azab yang pedih.
(QS Al-Taubah [9]: 79).


 
Katakanlah,"Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,  

isteri-isteri kamu,keluarga,harta kekayaan
yang kamu usahakan,perniagaan 
yang kamu khuwatiri kerugiannya, 

dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan dari berjihad di jalan-Nya,

maka tunggulah sampai
Allah mendatangkan keputusan-Nya. 

Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang fasik."

(QS Al-Taubah [9]: 24).



Adik2, andai kamu terpilih, bergembiralah kerana ujian dan dugaan itulah jalan untuk kamu sentiasa mengingati DIA, bergembiralah kamu kerana berada di jalanNYA, bergembiralah kamu kerana menyambung dakwah rasul tercinta.. Ingatlah adik2 ku sayang… jalan menuju ke syurga itu pahit kerana syurga itu manis..


Coretan warkah khas buat

Adik2 RPA dan juga diriku

Yang sentiasa lupa dan leka

Dengan fatamorgana dunia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails