




Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain.
(Muttafaq ‘Alaih = HR Bukhari dan Muslim)
Uraian Hadis:
Dalam hadis Sahih di atas Rasulullah SAW telah menjelaskan bahwa cara Allah SWT mengangkat ilmuNya daripada muka bumi ini bukanlah dengan mencabutnya dari ingatan hamba-hambaNya sehingga mereka menjadi lupa dan akhirnya jahil. Tetapi caranya ialah dengan mematikan para ‘Ulamanya.
Sehingga bila orang ‘alim sudah pupus, maka manusia akan mengangkat pemimpin-pemimpin mereka yang jahil. Dan jika pemimpin yang jahil itu ditanya maka mereka akan mengeluarkan fatwa tanpa berlandaskan ilmu dan hujjah yang benar. Akhirnya bukan saja mereka (pemimpin) itu akan sesat tetapi mereka juga akan menyesatkan orang lain.
Demikianlah keadaan akhir zaman sebagaimana yang telah dibayangkan oleh Nabi SAW dalam hadisnya:
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah ilmu akan dicabut dan kejahilan pula akan merata”. (HR Bukhari)
Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.
Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria
MASYALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM. SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMAT ISLAM, TAK GUNA HANYA BERHARAP PD PIHAK BERKUASA SAJA.!!!! MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2 MEMPERTAHANKAN MARUAH & KESUCIAN AGAMA ISLAM. ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!! JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim.
Ingatlah, agenda kafir untuk
mempersendakan kesucian
agama Islam
takkan berhenti selagi kita
tidak menuruti jalan mereka.
Maut ketika ponteng sekolah.
Pelajar tingkatan dua maut apabila motosikal yang ditunggangi ketika menuruni bukit terbabas lalu jatuh ke dalam gaung mempunyai ke dalaman kira-kira 50 meter.(sumber - kosmo)
NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.
Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.
“Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.
sumber - kosmo
bukan gambar sebenar dari surat khabarIPOH: Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain ditemui ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon, berkata bayi yang cukup sifat itudikejarkan ke hospital berkenaan selepas ditemui orang awam pada kira-kira 6 petang. Beliau berkata, bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Mengapa ini terjadi?
Mana hilangnya rasa kemanusiaan?
Apa yang harus kita lakukan?
Takkan kita hanya berdiam diri?
Ya Allah, ampunkan dosa kami yang tahu tapi tidak bertindak untuk mengatasinya...

