Sabtu, 5 September 2009

Arak

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakannlah, “Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya. “Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah, “Kelebihan (dari apa yang diperlukan). “Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada-mu agar kamu memikirkan,”
(Surah Al-Baqarah : 219)
Sebelum ramadhan yang mulia bertandang, kita dikejutkan dengan isu seorang model Kartika Seri Dewi Shukarnor,32 minum arak di khalayak ramai dan ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Hotel Legend Cherating, Kuantan. Akibat dari perbuatannya, pada 20 Julai 2009, dia dijatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali sebatan mengikut Syeksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak. Pada 25 Ogos 2009 Kartika akan menjalani hukuman sebat berkenaan tetapi bagi menghormati bulan Ramadhan hukuman sebat berkenaan terpaksa ditangguhkan.

REAKSI MASYARAKAT
Hukuman sebat terhadap Kartika telah menimbulkan pelbagai reaksi samada secara positif atau negatif daripada semua lapisan masyarakat di negara ini. Sebagai contoh, reaksi yang telah diberikan oleh Mohamad Isa Abd Ralip, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia “ semua pihak harus menghormati keputusan Kartika yang mahukan hukuman ke atasnya dilaksanakan dengan segera”. Antara reaski lain ialah “TIDAK wajar tindakan sebat dikenakan keatas Kartika biarpun atas kesalahan itu. Fikirlah..wajarkah kita mengenakan hukuman sebat ke atas seorang wanita? Hukuman perlu adil (Prof.Tan Sri Dr. Sharifah Habsah Syed Hassan Shahbudin, Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia). Ramai juga yang membuat persepsi buruk terhadap hukuman ini.Daripada persepsi-persepsi ini, telah menyebabkan sesetengah pihak melihat hukuman berkenaan amat keras.

BAHAYA ARAK
Islam juga telah menyatakan bahawa khamar atau arak adalah ibu segala jenis penyakit. Mengikut ayat di atas, khamar juga memberi beberapa manfaat kepada manusia, tetapi kesan buruk yang terdapat daripada tabiat minum khamar atau arak berkenaan adalah lebih besar berbanding manfaatnya.
Hadis
Ibnu Umar r.a katanya: Umar telah berkhutbah di atas mimbar Rasulullah s.a.w. Beliau mengucap syukur kepada Allah dan memuji-Nya, kemudian dia berkhutbah: Sesungguhnya arak telah diharamkan berikutan dengan turunnya ayat Al-Quran pada hari ia diturunkan. Arak yang diharamkan diperbuat dari lima perkara iaitu gandum, barli, tamar, zabib dan madu. Arak ialah benda yang boleh menyebabkan hilang akal iaitu mabuk dan tiga benda yang suka aku peringatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada kita tentang masalah warisan iaitu orang tua dan Al-Kalaalah iaitu orang yang mati tidak meninggalkan ayah dan ibu serta anak untuk menerima pusakanya dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya riba.
(Riwayat Sahih Muslim)

Arak mempunyai banyak keburukan dan memberi kemudaratan kepada manusia. Antaranya ialah merosakkan akal fikiran dan kesihatan, merosakkan akhlak dan aqidah seseorang, memalingkan manusia daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat, membawa manusia ke arah kemurkaan Allah, boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara manusia dan memporak perandakan rumag tangga, keluarga, masyarakat dan negara. Jelaslah di sini, pengharaman arak mempunyai hikmah yang tersendiri. Setelah kita mengetahui tentang keburukan arak, adakah kita masih ingin mempertikaikan lagi tentang hukuman yang sepatutnya dikenakkan keatas Kartika. Hukum islam adalah adil dan islam tidak membeza-bezakan antara umatnya dari segi pelaksanaan hukuman mengikut jantina, bangsa dan sebagainya. Jika seseorang individu yang membuat kesalahan itu ialah seorang islam maka hukuman yang sama akan dikenakan ke atasnya.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman”.
(surah An-Nur )

HUKUMAN SEBAT MENGIKUT KAEDAH ISLAM.
Masyarakat tidak perlu mempersoalakan kewajaran hukuman berkenaan dikenakan ke atas seorang wanita kerana cara sebatan sivil dan syariah adalah jauh berbeza termasuk dari segi rotan yang digunakan dan tinggi rotan terbabit perlu di angkat sebelum merotan pesalah. Tujuan hukuman ini dibuat bukanlah untuk menyakitkan tetapi untuk memberi pengajaran dan keinsafan kepada pesalah dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan tersebut atau mengulanginya. Dalam kanun jenayah syariah turut menyebut seseorang yang disabitkan kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak kurang dari 40 kali sebat.

akan bersambung........




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails