Isnin, 14 September 2009

persiapan raya dah bermula?


Rasanya ramai dah membeli tiket untuk pulang ke kampung. Semua orang berlumba-lumba meminta pensyarah membuat kelas ganti kerana ingin balik ke kampung awal dan tidak kurang juga ada pelajar yang sanggup ponteng kelas kerana ingin melepaskan rindu yang sudah lama terpendam di dalam hati. Rata-rata pelajar apabila ditanya kenapa balik kampung awal mereka berkata ingin membuat kuih, buat persiapan raya, dan bermacam-macam lagi kerja yang perlu di buat. Jika hendak di bandingkan dengan zaman rasulullah, ramadhan fasa ketiga ini adalah saat-saat yang dinanti-nantikan dan menjadi rebutan oleh semua umat islam pada waktu itu. Mereka di perumpamakan seorang ibu yang kehilangan anaknya dan kegembiraan yang teramat apabila dia bertemua semula dengan anaknya. Begitulah perasaan umat islam pada masa itu dalam menanti sepuluh malam terakhir ramadhan. Malamnya dihiasi dengan solat-solat sunat dan alunan ayat-ayat suci al-quran dan zikrullah bergema di setiap sudut. Cahaya-cahaya lampu bergemerlapan di sana sini, sedun-sedan dan esak tangis serta air mata taubat melimpahi empangan kelopok mata. Malaikat berebut-rebut turun ke bumi mengaminkan rintihan doa-doa hamba Allah yang tak pernah putus bersujud kepadanya. Tapi, apa yang kita buat sekarang…….dan cuba kita lihat pada hari ini, kita hiasi malam-malam dengan bunyi pukulan telur, kisaran kacang dan sibuknya kita menjahit langsir-langsir baru dan lebih dasyat lagi pada malam raya kita sibuk buat persipan terakhir kerana khuatir keesokan hari kita sudah tiada masa untuk melakukan semua itu sehinggakan, kita lupa pada malam ke 30 ramadhan adalah waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Ada juga di celah-celah malam hari kita bersengketa antara sesama sendiri kerana kepenatan di siang hari. Masing-masing bertelagah sesama sendiri kerana tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna. Adakah berbaloi sebuah pengorbanan yang kita lakuan kerana pengorbanan itu mugkin tidak menjanjikan apa-apa habuan dan hanya kepenatan semata-mata.Apakah kita tidak merasa sedih dengan pemergiannya RAMADHAN INI….. di mana laungan lailatul qadar yang kita war-warkan di permulaan ramadhan. Ayuh sahabat kita bangun bersama malam dan angin yang sepoi-sepoi bahasa untuk menikmati malam-malam akhir di bulan ramadhan.

CARILAH REDHA TUHANMU DALAM LAILATULQADAR

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”
(surah Al-Imran :142)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails