Selasa, 21 September 2010

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri..rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkannya kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat..harap Syawal kali ini menjadi detik permulaan yang membawa perubahan kearah kebaikan kepada kita setelah sebulan menjalani pentarbiyahan di bulan Ramadhan..

Perbanyakkan amalan soleh dalam kehidupan, semoga sebulan yang dilalui sebelum ini tidak sia-sia. Ringankanlah tangan untuk bersedekah kerana ini adalah antara amalan yang sangat mudah tapi besar ganjarannya.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim


Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails