Kami tidak berzina!!!.
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual, berbincang, tanya khabar, minum2, adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu..
Hari ini ya..tapi esok mungkin kamu akan kecundang. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat! pesanan Rasulullah SAW :"Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan."(HR Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS je. Tak pernah bersua muka pun..
Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti setakat tu je.. percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan.
Takkan nak berbual2 pun tak boleh? Itu pun zina jugak ke?
Zina ada macam2 jenis dan peringkatnya, ada Zina betul, zina tangan iaitu berpegang2an, zina mata iaitu melihat aurat@kekasihnya dengan perasaan berahi, zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW :" kedua2 tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. kedua2 kakinya berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman." (HR Muslim & Abu Daud).
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran je...
Betul ke bincang pelajaran je..jangan tipulah.. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba2Nya. Kita belajar nak dapat keberkatan. Tapi kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati Allah, tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup kat dunia tak bahagia, akhirat apatah lagi.. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka orang yang berilmu. Jadi belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam tu akan tertulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atib?
Sungguh! Kami bincang pelajaran je.." study group ".
Study group? Nampak lain macam je..tak macam gaya berdiskusi pun, takkan study group berdua je? kalau duduk berdua2an macam ni..betul ke berbincang pelajaran? jangan2 sekejap je bincang pelajaran lepas tu masa dihabiskan dengan fantasi cinta.
Kami sama2 belajar, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak ada dah ke kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak diganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkan tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada seseorang tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri itu, bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah..cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah SWT.
Tentu ada cinta secara Islam..
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang qudus, cinta yang bermaruah bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu digantikan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, pasti ia membawa "sesuatu" sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW : Tidak ada yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(HR Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia terlalu mulia.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin..
Boleh percaya ke dengan perwatakan masa bercinta? bercinta penuh dengan lakonan,yang dibuat2 dan kepuraan. Masing2 akan berlakon dengan watak yang baik. Masa bercinta merajuk ada yang memujuk tapi lepas kahwin jangan harap. Banyak orang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta, masa bercinta dia seorang penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam2 tapi lepas kahwin lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi perwatakan di alam percintaan tidak boleh dipercayai..
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharapkan kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang tapi Allah yang menganugerahkannya. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. CInta yang diredha Allah adalah cinta lepas kahwin. Bagaimana mendapat keluarga bahagia jika langkah awal sudah pun canggung..
Kami telah berjanji sehidup semati..
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki..jangan diharap sangat pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan je..Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana sering berulang sehingga menjadi pepatah..
Si dia lain dari yang lain. Dia lelaki penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? sejahat mana lelaki pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri seterusnya menjadi ibu untuk anak2nya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan..
Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang "second hand" sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room je, display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Sedihkan? tapi itulah hakikatnya..
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah SWT : Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang2 perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)..Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab:35).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan